'SPRM akan panggil Tun M jika ada bukti terlibat salah guna kuasa'

Tun Mahathir
Tun Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sekiranya bukti menunjukkan ada pembabitan beliau dalam kegiatan salah guna kuasa.

Sumber berkata demikian ketika dihubungi Astro Awani pada Isnin, namun enggan mengulas lanjut perkara itu.

Sebelum ini, sumber memberitahu, siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan salah guna kuasa membabitkan bapanya, Dr Mahathir.

Seorang lagi anak Dr Mahathir, Mirzan, turut disiasat, namun dalam kes berbeza.

"Siasatan SPRM membabitkan Mokhzani dan Mirzan ada kaitan dengan bapa mereka.

"Namun kes Mokhzani dan kes Mizan masing-masing tiada kaitan antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.

Pada 18 Januari lalu, SPRM dilaporkan mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Jumaat lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Mohkzani hadir di ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!