Daim buta sebelah mata, strok - Peguam
BERITA SEMASA 29 JANUARI 2024
Peguam bagi pihak Tun Dr Daim Zainuddin memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin bahawa bekas Menteri Kewangan itu bukan sahaja buta sebelah mata, malah diserang penyakit angin ahmar, beberapa tahun lalu.
Peguam, M Puravalen berkata, Tun Daim mengalami masalah kesihatan kronik apabila mata kirinya dijangkiti kuman sehingga menyebabkan ia terpaksa dikeluarkan.
Ketika prosiding mitigasi untuk mengurangkan jumlah ikat jamin di hadapan Hakim, Azura Alwi, peguam itu berkata, bekas pemimpin UMNO berkenaan turut mengalami masalah pertuturan kerana ‘minor’ strok.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/646792/berita/semasa/daim-buta-sebelah-mata-strok---peguam
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian