Empat pengintip Mossad jalani hukuman mati

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

MOSCOW - Seramai empat individu yang dipercayai bekerja untuk agensi perisik Israel Mossad menjalani hukuman mati di Iran kerana pengintipan dan keganasan, lapor Sputnik.

Keempat-empat tertuduh itu ditahan pada Julai 2022, beberapa hari sebelum cubaan untuk mensabotaj sebuah kilang milik Kementerian Pertahanan Iran, lapor Agensi Berita Iran IRNA pada Isnin.

Menurut laporan itu, mereka disabitkan bersalah menjadi pengintip untuk Israel serta membentuk serta mengetuai kumpulan pengganas untuk menjejaskan keselamatan Iran pada Sept 2023 dan telah dijatuhi hukuman mati.

Keputusan itu dikekalkan oleh mahkamah rayuan.

Iran tidak mengiktiraf Israel dan menuduh rejim itu terlibat dalam serangan sabotaj.

Pada Dis 2023, Iran turut mengenakan hukuman mati kepada lima individu kerana mempunyai kaitan dengan Mossad, lapor media tempatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!