PH perlu buat pendekatan luar dari kebiasaan - Saifuddin

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan perlu melakukan pendekatan yang luar dari kebiasaan dalam usaha meletakkan negara kembali di landasan yang tepat, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menerusi hantaran di Facebook, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat berkata, Pemukiman Pakatan Harapan 2024 akan menjadi medan bagi menggerakkan agenda rakyat serta mempertingkatkan naratif penerangan.

"Sewaktu ucapan pembukaan selaku Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, saya singgung beberapa perincian yang perlu diberi tumpuan khusus oleh rakan-rakan pimpinan.

"Ketika situasi cukup mencabar dalam usaha meletakkan negara kembali di atas landasan yang tepat, pendekatan Pakatan Harapan juga perlu lebih dari kebiasaan.

"Insya-ALLAH muafakat persahabatan ini kita perkukuhkan dan jalan ke hadapan bagi menggerakkan agenda rakyat serta naratif penerangan mesti dipertingkatkan,” katanya.

Pemukiman Pakatan Harapan berlangsung selama dua hari bermula semalam di Putrajaya dan melibatkan pimpinan utama parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!