Korea Utara perhebat peluru berpandu

Jong-un (tengah) bersama pegawainya menyelia pelancaran peluru berpandu Pulhwasal-3-31 di lokasi tidak didedahkan di Korea Utara. AFP
Jong-un (tengah) bersama pegawainya menyelia pelancaran peluru berpandu Pulhwasal-3-31 di lokasi tidak didedahkan di Korea Utara. AFP
A
A
A

SEOUL - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un memuji pelancaran ujian peluru berpandu pelayaran strategij baharu dari sebuah kapal selam sebagai detik penting memperkuatkan pertahanan negara.

Pyongyang mempercepatkan ujian peluru berpandu pada tahun ini termasuk melakukan ujian yang digelar sistem peluru berpandu bawah air dan peluru berpandu balistik hipersononik bahan api pepejal.

Jon-un menyatatakan beliau sangat berpuas hati dala ujian yang dilakukan pada Ahad bagi memodenkan pasukan tentera laut.

Agensi berita kerajaan KCNA melaporlan pemimpin Korea Utara itu turut memeriksa pembinaan kapal selam nuklear selain membincangkan isu berkaitan pembinaan kapal perang baharu yang lain.

Sebuah kapal selam berkuasa nuklear turut dimasukkan dalam senarai senjata strategik Jong-un semasa kongres parti pada tahun 2021, bermasa sebuah kepala peledak hipersonik, satelit pengintip dan peluru berpandu antara benua menggunakan bahan api pepejal.

KCNA pada Ahad berkata, pelancaran peluru berpandu pelancaran kapal selam (SLCM) pada Ahad telah berada di ruang udara kira-kira dua jam, bagaimanapun tidak menyatakan sejauh mana ia terbang atau dilancarkan dari atas atau bawah air.

Gambar yang disiarkan media kerajaan menunjukkan sebuah peluru berpandu menjulang ke langit dari air dan meninggalkan kepulan asap putih tebal.

Pulhwasal-3-31 ialah generasi baharu peluru berpandu jelajah strategik yang dikatakan Pyongyang baru diuji buat kali pertama pada hari Rabu.

Artikel Berkaitan:

Peluru berpandu pelayaran cenderung digerakkan dengan jet dan terbang pada ketinggian yang lebih rendah daripada peluru berpandu balistik yang lebih canggih, menjadikannya lebih sukar untuk dikesan dan dipintas. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!