Saif Ali Khan jalani pembedahan siku

Saif ditemani isteri, Kareena Kapoor sempat bertemu media sebaik dibenarkan keluar daripada hospital selepas menjalani pembedahan pada bahagian sikunya.
Saif ditemani isteri, Kareena Kapoor sempat bertemu media sebaik dibenarkan keluar daripada hospital selepas menjalani pembedahan pada bahagian sikunya.
A
A
A

BINTANG Bollywood, Saif Ali Khan pada Isnin telah menjalani pembedahan pada siku selepas kecederaan lamanya pada bahagian itu bertambah teruk.

Pelakon berusia 53 tahun tersebut dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Kokilaben di Mumbai selepas cedera ketika melakukan babak aksi dalam filem terbaharunya.

Saif Ali Khan
Saif Ali Khan

"Kecederaan ini dan pembedahan yang menyusul adalah sebahagian daripada proses 'baik pulih' setelah apa yang saya lakukan terhadap tubuh sendiri.

"Saya sangat gembira dengan proses tersebut dan terima kasih kepada semua yang mendoakan serta menunjukkan keprihatinan," katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Times of India.

Saif dilaporkan mengalami kecederaan semasa penggambaran untuk Rangoon arahan Vishal Bhardwaj pada 2017

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!