5 tahun 'menghilang', Zayn Malik diserbu

Zayn Malik
Zayn Malik
A
A
A

KEMUNCULAN penyanyi Zayn Malik di acara pertunjukkan fesyen sebuah jenama di Paris baru-baru ini mencuri perhatian peminat.

Mana tidaknya, ia merupakan penampilan sulung lelaki yang kini berusia 31 tahun itu selepas lima tahun tidak dilihat menghadiri sebarang acara secara terbuka.

Justeru penampilan Zayn pada acara itu dilihat menjadi perhatian ramai.

Kemunculan Zayn turut mendapat perhatian rakan selebriti.
Kemunculan Zayn turut mendapat perhatian rakan selebriti.

Bukan hanya diserbu peminat, bekas anggota One Direction itu turut 'diburu' rakan selebriti yang tidak mahu melepaskan peluang merakamkan gambar bersama.

Selepas tamat acara, Zayn turut menjadi buruan ramai pengamal media yang mahu merakamkan wajahnya.

Malah penyanyi Pillow Talk itu juga cukup mesra melayan peminat yang sudah menunggu untuk merakamkan gambar.

Bagaimanapun ada satu kejadian tidak diingini berlaku yang mana kaki penyanyi itu secara tidak sengaja digilis oleh sebuah kenderaan yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Berkongsi kisah berkenaan, Zayn memaklumkan beliau tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Kesan tayar pada kasut Zayn selepas digilis kereta.
Kesan tayar pada kasut Zayn selepas digilis kereta.

"Terima kasih atas pertunjukan yang hebat. Kaki saya baik-baik sahaja. Terima kasih kerana menciptakan kasut yang hebat ini," katanya menunjukkan kesan tayar pada kasut berwarna putih itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!