Qatar sekat kemaraan Palestin di Piala Asia

Akram Afif antara penyumbang gol pasukan bola sepak Qatar berdepan Palestin di pusingan 16 terbaik Piala Asia. Foto Agensi
Akram Afif antara penyumbang gol pasukan bola sepak Qatar berdepan Palestin di pusingan 16 terbaik Piala Asia. Foto Agensi
A
A
A

PENYANDANG juara Qatar dipaksa berhempas pulas pasukan bersemangat juang tinggi Palestin sebelum menang 2-1 bagi mengesahkan kemaraan suku akhir Piala Asia Qatar 2023 di Stadium Al Bayt.

Anak buah Bartolome Tintín Marquez Lopez berstatus pasukan pilihan juga juara edisi Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2019 bermula baik apabila mengawal permainan dengan penguasaan bola baik.

Biarpun begitu angkatan Makram Daboub terlebih dulu di depan hasil jaringan bintang Liga Pro Belgium, Charleroi, Oday Ibrahim Mohammad Dabbagh pada minit ke-37 yang memanfaatkan kealpaan bahagian pertahanan tuan rumah.

Qatar yang tampil dengan sokongan padu pemain ke-12 kemudian menjana serangan berjaya menyamakan kedudukan menerusi kapten pasukan, Hassan Khalid Hassan Al-Haydos minit ke-51 yang merupakan tonggak Al Sadd dalam liga Qatar.

Separuh masa kedua, The Maroons meningkatkan tekanan tinggi terhadap bahagian pertahanan The Lions of Canaan tersebut.

Hasilnya, Qatar dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan seorang lagi bintang Al Sadd, Akram Hassan Afif Yahya Afif Al Yafei minit ke-49 bagi memimpin permainan 2-1.

Palestin yang tidak mengalah berusaha kembali semula dalam permainan mula melancarkan beberapa percubaan berbahaya ke kubu Qatar.

Namun kecemerlangan penjaga gol Qatar, Meshaal Barsham berjaya menafikan setiap percubaan angkatan Makram Daboub tersebut.

Artikel Berkaitan:

Keputusan itu menyaksikan Qatar mara ke suku akhir berdepan pemenang perlawanan pusingan 16 terbaik Qatar 2023 antara Uzbekistan menentang Thailand, di Stadium Al Bayt pada Sabtu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!