Air mata perpisahan: Malaysia pasti merindui Tuanku berdua

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang akan dirindui oleh rakyat Malaysia. Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang akan dirindui oleh rakyat Malaysia. Foto Bernama
A
A
A

HARI ini negara akan menyaksikan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke negeri Pahang.

Setelah lima tahun menjalankan amanah memayungi negara, keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuatkan rakyat jelata turut berduka.

Jujur, Merak Jalanan juga tidak dapat menahan air mata daripada menitis tatkala mendengar titah Tuanku pada Majlis Jamuan Negara pada Sabtu malam.

Benarlah, lumrah pertemuan pasti ada perpisahan.

Luhurnya hati seorang Agong apabila ungkapan itu terus meresap ke dalam hati sesiapa sahaja yang mendengar.

Titah Tuanku agar seluruh pelusuk rakyat baginda menjaga perpaduan dan semangat hidup bermasyarakat juga, akan terpasak sebagai pesanan tulus seorang pemerintah kepada rakyatnya.

Berkongsi perasaan dengan jutaan warga maya, 'riuh' media sosial dengan pelbagai komen termasuk nukilan buat pasangan diraja berjiwa rakyat ini yang pasti akan terus dirindui.

"Kami belum bersedia, Tuanku," diikuti emoji tangisan luah Aina Alisya pada ruangan komen hantaran berkaitan titah Al-Sultan Abdullah.

Artikel Berkaitan:

"Dalam sejarah Agong yang berjiwa rakyat, sangat disayangi rakyat sehingga sukar untuk rakyat melepaskan Agong... Allahu," komen Yuhara pula.

Baru selesai melunaskan tanggungjawab menyediakan laporan dokumentari lima tahun pemerintahan Al-Sultan Abdullah, Merak Jalanan secara peribadi, berasa cukup berat melepaskan pasangan diraja ini.

Menemubual individu-individu yang pernah berkhidmat secara langsung di bawah naungan pemerintahan Al-Sultan Abdullah waima rakyat jelata yang melihat dari jauh, keperibadian dan ikhlasnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda berdua memayungi negara, 'sampai' ke hati kami.

Terima kasih Tuanku.

Semoga Tuanku berdua sentiasa diredai, diberkati dan diberikan afiah hendaknya.

Selamat berangkat pulang ke pangkuan rakyat Pahang Darul Makmur, raja berjiwa rakyat. Dirgahayu Tuanku.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!