Korea Selatan tidak gerun reputasi Arab Saudi
PENGENDALI Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mengakui tidak gerun dengan reputasi pasukan Arab Saudi apabila kedua-dua pasukan berentap awal pagi Rabu.
Sebaliknya, dia sangat menghormati pasukan yang dikendalikan Roberto Mancini, yang akan dihadapi dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Asia Qatar 2023.
Rekod Arab Saudi dalam tiga pertemuan kempen Piala Asia yang tidak pernah tewas kepada Korea Selatan, tidak menggerunkan Klinsmann yang menjangkakan perlawanan boleh diheret ke penentuan penalti.
“Saya tidak takut sesiapa. Tiada rasa takut tetapi amat menghormati setiap lawan.
“Roberto melakukan kerja yang hebat, ia adalah proses langkah demi langkah yang perlu dia lalui. Ia jelas pengembaraan baru untuknya dan pengembaraan baru untuk saya berada di Korea.
“Kami sangat menghormati Arab Saudi. Saya telah bermain dengan Mancini berkali-kali dalam karier saya. Anda kini boleh melihat reputasi bersama pasukan selepas 10 perlawanan,” kata Klinsmann kepada pemberita menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Education City.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!