Guna lagu tanpa kebenaran, Ahmad Dhani hilang sabar

Ahmad Dhani (kiri) ketika sidang media bersama Aksi baru-baru ini.
Ahmad Dhani (kiri) ketika sidang media bersama Aksi baru-baru ini.
A
A
A

PEMUZIK dan Pengurus Persatuan Komposer Seluruh Indonesia (Aksi), Ahmad Dhani memberi kata dua kepada penganjur acara hiburan yang sering menggunakan lagu ahli persatuan itu tanpa kebenaran.

Vokalis kumpulan Dewa19 itu mengeluarkan amaran tegas dan tidak teragak-agak melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

"Kami akan memberikan surat teguran kepada penganjur acara di Indonesia yang menganjurkan konsert dengan menggunakan lagu-lagu daripada ahli kami iaitu komposer Aksi tanpa izin.

"Laporan polis juga akan dibuat. Penganjur acara yang mengenali diri ini, mereka pasti tahu saya serius," ujarnya seperti dilaporkan Suara.com.

Suami kepada Mulan Jameela itu turut meminta mana-mana penganjur acara yang ingin menggunakan lagu ciptaan ahli Aksi perlu mengemukakan surat permit kepada persatuannya.

Bagaimanapun, sekiranya gagal berbuat demikian, Ahmad Dhani dan Aksi tidak teragak-agak untuk melaporkan perkara itu kepada polis atau terus membawa polis bersama ke acara berkenaan.

Ahmad Dhani (kiri) meminta mana-mana penganjur acara yang ingin menggunakan lagu ciptaan ahli Aksi perlu mengemukakan surat permit kepada persatuannya.
Ahmad Dhani (kiri) meminta mana-mana penganjur acara yang ingin menggunakan lagu ciptaan ahli Aksi perlu mengemukakan surat permit kepada persatuannya.

Pencuri

Artikel Berkaitan:

Dalam sidang media sama, Ahmad Dhani turut mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Wahana Musik Indonesia (WAMI), sebuah Institusi Pengurusan Kolektif Indonesia (LMK).

Ujarnya, WAMI dalam satu kenyataan memaklumkan Aksi telah menerima bayaran IDR900 juta (RM272,000) bagi hasil royalti untuk semua acara konsert selama setahun.

"Cuma, kalau difikirkan semula, bayaran penyanyi Judika mencecah IDR1.5 bilion (RM454 juta) untuk satu konsert.

"Jadi bagaimana hasil kutipan royalti untuk semua konsert sepanjang tahun hanya sebanyak IDR900 juta? Itu tidak masuk akal! Pasti ada pencuri," tegasnya.

Justeru bagi membantu komposer mendapatkan semula hak mereka, Ahmad Dhani dan Aksi telah mewujudkan platform bernama Digital Direct License (DDL) yang berfungsi sebagai perantara untuk menguruskan hak royalti antara penganjur acara dan pencipta lagu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!