SPM 2023: Lapan sekolah di Johor dijadikan PPS jika banjir

Azman bersama Anuar dan guru semasa beramah mesra dengan calon peperiksaan SPM di dewan makan STF, Johor Bahru pada Selasa.
Azman bersama Anuar dan guru semasa beramah mesra dengan calon peperiksaan SPM di dewan makan STF, Johor Bahru pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 18 sekolah menengah di enam daerah di negeri ini yang menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya berlaku banjir.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan berkata, antara daerah yang akan terlibat Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Segamat, Kulai dan Tangkak membabitkan 21 pusat pemeriksaan dengan semuanya telah melakukan persiapan terperinci.

Azman memberi kata-kata semangat kepada calon peperiksaan SPM di dewan makan STF, Johor Bahru, pada Selasa.
Azman memberi kata-kata semangat kepada calon peperiksaan SPM di dewan makan STF, Johor Bahru, pada Selasa.

Menurutnya, pembukaan PPS itu nanti melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Medan, SMK Dato Sulaiman dan SMK Penghulu Saat di Batu Pahat serta SMK Abdul Jalil, SMK Kahang dan Tengku Aris Bendahara di Kluang.

"Ini termasuk SMK Bandar, SMK Air Tawar dan SMK Seri Medan di Kota Tinggi; SMK Tinggi Segamat, SMK Gemereh, SMK Chaah dan SMK Seri Bali di Segamat; SMK Bukit Batu dan SMK Senai di Kulai serta SMK Tun Seri Lanang di Tangkak.

"Setakat laporan pada pagi ini, perjalanan dan juga pengelolaan SPM di seluruh negara tidak ada sebarang masalah. Tidak ada isu pelajar kita terjejas. Mereka boleh akses ke pusat peperiksaan walaupun ada di beberapa negeri masih lagi dilanda banjir," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas lawatan kerja sempena hari pertama peperiksaan bertulis SPM 2023 di Sekolah Tun Fatimah (STF) di sini pada Selasa.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor (Sektor Pengurusan Sekolah), Anuar Sukiran; Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru, Saliman Selamat; Pengetua STF, Radziah Mohd Din dan Focal Person Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Kebangsaan, Datuk Yahya Jaafar.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, selain itu sebanyak 58 pusat peperiksaan dan laluan ke pusat peperiksaan di Johor dikenal pasti berisiko terjejas sekiranya banjir.

Menurutnya, masing-masing melibatkan 11 di Pontian dan Segamat; tujuh di Mersing; enam di Kota Tinggi serta Kulai dan empat di Muar, Tangkak dan Kluang.

Dalam pada itu katanya, seramai 48,426 calon menduduki peperiksaan SPM di Johor di 364 pusat peperiksaan melibatkan 301 sekolah.

"161 orang merupakan calon berkeperluan pendidikan khas, dengan seramai 5,018 petugas terlibat sepanjang peperiksaan ini berlangsung," jelasnya.

Azman memeluk anaknya, Farah Amirah Aqilah sebelum peperiksaan SPM berlangsung di STF, Johor Bahru pada Selasa.
Azman memeluk anaknya, Farah Amirah Aqilah sebelum peperiksaan SPM berlangsung di STF, Johor Bahru pada Selasa.

Terdahulu, Azman menyampaikan kata-kata semangat kepada seramai 148 calon SPM 2023 di STF termasuk anak bongsunya, Farah Amira Aqilah yang merupakan calon di sekolah berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!