SPM 2023: JPN Kelantan sedia 7 pusat peperiksaan jika banjir

Pelajar SMK Dato' Ahmad Maher bersalaman dengan Zamri (kiri) ketika tinjauan sebelum peperiksaan SPM.
Pelajar SMK Dato' Ahmad Maher bersalaman dengan Zamri (kiri) ketika tinjauan sebelum peperiksaan SPM.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pelajaran negeri Kelantan menyediakan tujuh pusat peperiksaan di kawasan berisiko banjir melalui pelan tindakan banjir sebagai persiapan jika bencana itu berlaku sepanjang tempoh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Zamri Abdul Aziz berkata, dianggarkan lebih 600 pelajar yang terjejas banjir akan dipindahkan ke pusat peperiksaan alternatif terdekat jika sekolah mereka dinaiki air.

Menurut beliau, antara sekolah yang berisiko banjir ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Maahad Muhamadi, Rantau Panjang; Sekolah Menengah Ugama (A) Diniah; Sekolah Menengah Ugama (A) AI-Falah Siram; SMK Meranti; Sekolah Menengah Ugama (A) Tarbiah Diniah Meranti; dan Sekolah Menengah Ugama (A) Nurul Huda, Kajang Sebidang di Tumpat.

"Jika berlaku banjir, Maahad Muhamadi Rantau Panjang dipindahkan ke SMK Gual Periok dan Sekolah Menengah Ugama (A) Diniah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati.

"Selain itu, Sekolah Menengah Ugama (A) AI-Falah Siram akan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Chicha manakala SMK Meranti dan Sekolah Menengah Ugama (A) Tarbiah Diniah Meranti masing-masing akan ke SK Meranti," katanya.

Zamri (tengah) memberi kata-kata semangat kepada pelajar SMK Daro' Ahmad Maher.
Zamri (tengah) memberi kata-kata semangat kepada pelajar SMK Daro' Ahmad Maher.

Zamri berkata demikian kepada pemberita selepas tinjauan hari pertama SPM 2023 di SMK) Dato' Ahmad Maher di sini pada Selasa.

Beliau turut memberitahu, Sekolah Menengah Ugama (A) Nurul Huda, Kajang Sebidang di Tumpat ke SMK Chabang Empat, manakala pusat peperiksaan di SMK Rantau Panjang akan dikekalkan tetapi dipindahkan ke aras bangunan lebih tinggi.

Artikel Berkaitan:

Jelas Zamri lagi, bagi pelajar yang mempunyai asrama, mereka akan ditempatkan di asrama manakala yang tiada asrama ditempatkan di pusat alternatif yang disediakan.

Tambahnya lagi, JPN turut mengarahkan pengurus peperiksaan sekolah memaklumkan kepada calon supaya hadir ke pusat peperiksaan yang ditetapkan jika berlaku banjir.

Zamri (kiri) memberi kata-kata semangat kepada pelajar SMK Daro' Ahmad Maher.
Zamri (kiri) memberi kata-kata semangat kepada pelajar SMK Daro' Ahmad Maher.

"Bagi memudahkan semua pihak, calon yang terkandas dengan banjir juga boleh menduduki peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan berhampiran," katanya.

Seramai 26,664 calon yang menduduki SPM di seluruh Kelantan tahun ini termasuk enam calon berkeperluan khas.

Bagi calon STPM, seramai 3,867 calon STPM Ulangan 1 dan 4,655 calon STPM semester 1, 2024.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!