Malaysia Airlines rakam penghargaan kepada Agong, Raja Permaisuri

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Istiadat Keberangkatan Balik bersempena dengan tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara, pada Selasa. Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menamatkan penggal pemerintahan, pada Selasa.

Dalam catatan di laman X (dikenali sebagai Twitter sebelum ini), penerbangan nasional itu menyifatkan pemerintahan Al-Sultan Abdullah diwarnai dengan kebijaksanaan serta legasi kepimpinan yang akan kekal terpahat di hati rakyat.

"Malaysia Aviation Group merafak sembah mendoakan kejayaan berterusan untuk Seri Paduka berdua dalam apa jua usaha yang dilakukan,” katanya.

Al-Sultan Abdullah yang melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019, akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang memulakan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama lima tahun, esok. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!