Permohonan lesen motosikal percuma dibuka bulan depan

Wan Sukairi menunjukkan risalah mengenai LMTS pada sidang media di Wisma Darul Iman, hari ini.
Wan Sukairi menunjukkan risalah mengenai LMTS pada sidang media di Wisma Darul Iman, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Warga Terengganu yang berusia 16 hingga 40 tahun boleh menghantar permohonan lesen motosikal percuma bermula 1 Februari depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, permohonan bagi Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) itu dibuka dalam tempoh sebulan sehingga 1 Mac 2019.

"Pemohonan secara atas talian dan manual akan dibuka dalam tempoh sebulan bagi membolehkan proses seterusnya berjalan lancar.

"Semua peserta boleh hantar borang yang diisi secara manual dan atas talian kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pejabat Dun dan i-MiTS berdekatan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Ahli Jawatankuasa Kerajaan Negeri, di sini, hari ini.

Wan Sukairi berkata, sebanyak RM7 juta diperuntukkan menerusi program itu dengan sasaran penyertaan seramai 25,000.

Dalam perkembangan sama, peserta yang layak akan diberikan baucar pada 15 April ini untuk dibawa ke Institut Memandu.

"Program ini selaras dengan manifesto Pas pada PRU lalu bagi meringankan bebanan keluarga.

"Peserta LMTS juga akan dilindungi takaful selama setahun setelah berjaya memiliki lesen motosikal masing-masing," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!