Bau busuk bongkar penemuan mayat lelaki

Mayat lelaki itu ditemukan di atas kerusi dalam keadaan terlentang di sebuah rumah yang terkunci pada Isnin.
Mayat lelaki itu ditemukan di atas kerusi dalam keadaan terlentang di sebuah rumah yang terkunci pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Misteri bau busuk yang menyelubungi penduduk di jalan Sabak, Kampung Kemumin di sini akhirnya terjawab selepas mayat seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai beberapa hari lalu.

Mayat tersebut ditemukan di atas kerusi dalam keadaan terlentang di sebuah rumah yang terkunci pada jam 12.39 tengah hari pada Isnin.

Misteri bau busuk bongkar penemuan mayat seorang lelaki.
Misteri bau busuk bongkar penemuan mayat seorang lelaki.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan II Syukri Ismail berkata, sejurus menerima panggilan daripada orang awam pihaknya bergerak ke lokasi.

"Setibanya di lokasi kejadian, pihak kami mendapati rumah tersebut berada dalam keadaan terkunci," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, operasi membuka pintu rumah dan pintu bilik dengan kebenaran pihak polis kemudian dijalankan.

Ujarnya, pemeriksaan mendapati seorang lelaki dewasa telah meninggal dunia di atas kerusi dalam keadaan terlentang.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya

Artikel Berkaitan:

Syukri memberitahu, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan menerima laporan berkait perkara terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!