Datuk palsu disyaki terima rasuah RM92,500 direman

Suspek (kanan) ketika dibawa di Mahkamah Majistret Kemaman bagi permohonan reman selama enam hari bermula Selasa hingga Ahad depan.
Suspek (kanan) ketika dibawa di Mahkamah Majistret Kemaman bagi permohonan reman selama enam hari bermula Selasa hingga Ahad depan.
A
A
A

KEMAMAN - Dua lelaki termasuk seorang pengarah syarikat yang menggunakan gelaran Datuk palsu direman enam hari bermula Selasa selepas disyaki meminta dan menerima rasuah wang bernilai RM92,500.

Perintah tahanan reman terhadap suspek dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin selepas menerima permohonan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pada pagi Selasa.

Suspek berusia 60 tahun itu sebelum ini ditahan SPRM Terengganu kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM92,500 sebagai balasan melantik sebuah syarikat menjadi subkontraktor untuk kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di sekitar Paka, Dungun.

Lelaki tersebut yang merupakan pengarah syarikat pengiklanan dan menggunakan gelaran Datuk tidak diiktiraf itu disyaki menerima sogokan dari pemilik syarikat yang dilantik bagi projek bernilai RM2.5 juta pada 2020.

Syarikat suspek dikatakan telah ditawarkan projek melakukan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di seluruh Malaysia melalui sebuah kementerian.

SPRM bagaimanapun mengesyaki projek di kawasan Paka tidak wujud dan wang rasuah itu dipercayai diterima suspek melalui akaun pihak ketiga.

Sementara itu, seorang lagi lelaki yang ditahan reman merupakan orang tengah bagi kes berkenaan.

Kedua-duanya ditahan di lokasi berasingan pada Isnin iaitu di rumah supek di Batu Caves, Selangor dan Kuantan, Pahang

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!