Warga emas buta nyaris maut rumah sewa terbakar


Kebakaran membabitkatiga buah rumah di Kampung Banda Hilir, di sini, pada awal pagi Selasa.
Kebakaran membabitkatiga buah rumah di Kampung Banda Hilir, di sini, pada awal pagi Selasa.
A
A
A

MELAKA - Seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan nyaris maut dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Kampung Bandar Hilir di sini, awal pagi Selasa.

Dalam kejadian jam 12.50 pagi itu, Loo Soon Ngwan, 70, yang menyewa di kampung itu berjaya diselamatkan rakan serumahnya berusia 56 tahun dan orang awam yang menyaksikan insiden tersebut.

Saksi kejadian yang juga mangsa kebakaran, P.Navamani, 69, berkata, ketika kejadian dia bersendirian dalam rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi salakan anjing dan jeritan meminta pertolongan di luar rumah.


P.Navamani.
P.Navamani.

Menurutnya, dia menyangkakan ada pergaduhan dan segera keluar untuk melihat apa yang berlaku sebelum ternampak api marak dari arah dapur rumah jiran.

"Bila nampak api saya masuk ke rumah dah segera tarik tong gas ke tempat selamat kerana bimbang tong meletup.

"Saya hanya sempat menyelamatkan beberapa barang sahaja tapi syukur terselamat meskipun mengalami kerugian," katanya yang bekerja sebagai tukang pembersihan.

Artikel Berkaitan:


JKM menyampaikan bantuan segera kepada Soon Ngwan (tiga dari kiri) yang hilang tempat berteduh setelah rumah sewa terbakar.
JKM menyampaikan bantuan segera kepada Soon Ngwan (tiga dari kiri) yang hilang tempat berteduh setelah rumah sewa terbakar.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan TPgB ll, Yazid Mohd Tahir berkata, seramai 21 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 12.50 pagi.

Menurutnya, setiba di lokasi pihaknya mendapati benar berlaku kebakaran membabitkan tiga buah rumah berkeluasan 100x150 kaki persegi telah terbakar 80 peratus.

"Terdapat seorang mangsa yang juga warga emas berusia 81 tahun melecur di tangan dan telah dihantar ke hospital oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Api dapat dikawal pada jam 1.22 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.45 pagi selepas kebakaran berjaya dipadamkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!