Nombor plat GOLD 916, GOLD 999 diburu peniaga emas di Kelantan

Murtadhatumizi berhasrat memiliki nombor plat GOLD 916 dan GOLD 999. (Gambar kecil: Ummi Habibah)
Murtadhatumizi berhasrat memiliki nombor plat GOLD 916 dan GOLD 999. (Gambar kecil: Ummi Habibah)
A
A
A

KOTA BHARU - Peniaga kedai emas di negeri ini sedia membida nombor plat kenderaan 'GOLD' terutama 916 dan 999 yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Ke-50.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata peniaga emas di negeri ini begitu teruja sejurus mendapat tahu tentang pelancaran nombor plat berkenaan.

Pengarah Urusan MZ Gold Sdn Bhd, Murtadhatumizi Mustapha berkata, kedua-dua nombor plat itu GOLD 916 dan GOLD 999 pasti menjadi buruan kerana ia cukup dekat dengan pemain industri ini.

"Kalau dapat memilikinya ia pasti satu kepuasan buat peniaga emas seperti saya.

"916 dan 999 membawa maksud kepada emas tulen dan berkualiti yang berada di pasaran ketika ini," katanya.

Menurut beliau, MZ Gold bercadang untuk membeli lima plat ini untuk dihadiahkan kepada pekerja cemerlang.

Beliau yakin hadiah itu mampu menjadi pemangkin kepada para pekerja untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada syarikat.

Sementara itu, pengusaha emas, Ummi Habibah Mohd Shaari berkata, dia turut memasang impian untuk memiliki nombor plat GOLD.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ketika ini dia mencari nombor terbaik untuk dibida dan menjadi pemilik kepada GOLD.

"Nak beli plat yang mahal-mahal mungkin dah jadi rebutan. Jadi kita cari yang terbaik sahaja," katanya.

Media pada Selasa melaporkan, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook memperkenal siri istimewa nombor pendaftaran “GOLD” sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Ke-50.

Anthony berkata, tempahan nombor pendaftaran istimewa itu boleh dibuat dalam sistem JPJeBid, bermula 1 hingga 5 Februari.

Katanya, langkah berkenaan membolehkan kementerian itu melaksanakan beberapa inisiatif seperti pemberian topi keledar kepada penunggang motosikal dan sumbangan kepada PERKESO bagi pemandu teksi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!