Menelusuri keperluan perlindungan yang berkembang di kalangan tenaga kerja dinamik Malaysia

Walaupun platform e-hailing seperti Grab menawarkan peluang pekerjaan yang fleksibel dalam ekonomi gig, kebimbangan mengenai jaringan keselamatan pekerjaan dan perlindungan untuk pekerja gig masih berterusan.
Walaupun platform e-hailing seperti Grab menawarkan peluang pekerjaan yang fleksibel dalam ekonomi gig, kebimbangan mengenai jaringan keselamatan pekerjaan dan perlindungan untuk pekerja gig masih berterusan.
A
A
A

Sejak beberapa tahun ini, Malaysia telah menyaksikan perubahan yang ketara dalam cara pendekatan rakyat Malaysia bekerja. Kebangkitan ekonomi gig dan kemunculan model kerja yang inovatif telah membentuk pemahaman tradisional orang ramai terhadap pekerjaan konvensional. “Ekonomi gig” dan kerja kontrak, ditakrifkan sebagai pekerjaan bebas yang menawarkan fleksibiliti dan bersifat sementara. Pekerjaan ini biasanya disediakan melalui platform dalam talian atau dari syarikat ekonomi digital (DEC).

Peralihan ini, walaupun memperkasakan, mendedahkan pekerja kepada set risiko yang unik, terutamanya apabila ia berkaitan dengan keselamatan pekerjaan dan "perlindungan pekerja."

Insiden dan kemalangan yang melibatkan pekerja gig telah mengalami peningkatan yang ketara sejak kebelakangan ini. Statistik kemalangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam skim bekerja sendiri melaporkan 1,872 kes pada tahun 2022 bersamaan dengan anggaran lima kes sehari.

Statistik ini menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak 158.9 peratus berbanding 723 kes yang dilaporkan pada tahun 2021. Kemalangan ini, termasuk kemalangan kecil sehingga kemalangan maut, menekankan keperluan mendesak dan pentingnya untuk membentuk jaringan keselamatan bagi pekerja gig. Hal ini kerana, mereka tidak mempunyai perlindungan keselamatan yang biasanya disediakan untuk pekerjaan konvensional, seperti pampasan pekerja dan polisi insurans yang disediakan oleh majikan.

Untuk menangani isu ini di tanah air, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan pekerja sektor tidak formal, termasuk pekerja ekonomi gig, untuk mendaftar dan menyumbang kepada PERKESO. Salah satu daripadanya termasuk memperuntukkan insentif sehingga 80 peratus kepada pencarum PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial untuk Pekerja Sendiri, serta melantik ejen korporat untuk memudahkan proses pekerja ini untuk mencarum kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Dilema kemampuan

Walaupun insurans memainkan peranan penting dalam melindungi individu daripada keadaan yang tidak diduga, kekangan kewangan sering menjadi penghalang utama bagi pekerja gig dari kumpulan berpendapatan rendah untuk melaksanakan bayaran premium insurans setiap bulan. Premium bulanan yang tinggi juga merupakan beban yang besar, dan menjadi sebab mengapa mereka selalunya tidak cenderung dengan produk kewangan canggih seperti insurans dan pelaburan.

Bagi golongan yang berpendapatan rendah di Malaysia, mereka tidak mempunyai banyak pilihan kerana terperangkap antara mementingkan keperluan segera ataaupun keselamatan masa depan. Kira-kira 600,000 orang individu yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dan p-hailing di seluruh negara. Walau bagaimanapun, sebanyak 230,000 orang sahaja yang telah mencarum dengan PERKESO.

Artikel Berkaitan:

Kajian yang melibatkan lebih 400 orang pemandu e-hailing dan rider penghantaran mendedahkan bahawa 76 peratus tidak mempunyai insurans pengangguran, 59 peratus tidak mempunyai simpanan persaraan, tidak memiliki dana kecemasan (59 peratus), tidak mempunyai perlindungan penjagaan kesihatan (57 peratus) dan 37 peratus tidak dilindungi dalam kes kecederaan di tempat kerja.

Perbezaan yang ketara ini menekankan realiti sebenar yang dihadapi oleh sebahagian besar pekerja gig dari segi perlindungan daripada sebarang musibah atau keselamatan kewangan.

Visi untuk perlindungan inklusif

Saat landskap ekonomi gig terus giat berkembang di Malaysia, perlindungan muncul sebagai benteng kritikal yang bertindak sebagai penampan kewangan, menawarkan jaminan dan kestabilan dalam menghadapi cabaran yang tidak dijangka. Penyelesaian dan produk harus direka untuk membolehkan pengurusan aliran tunai yang berkesan bagi pekerja gig tanpa mengenakan sekatan ke atas kehidupan seharian mereka, kerana ketidakstabilan pendapatan tetap menjadi punca kebimbangan utama bagi pekerja gig.

Memahami kerentanan dan aspirasi khusus pekerja gig, terutamanya dalam industri e-hailing, Chubb telah memperkenalkan pelbagai dasar fleksibel dan penyelesaian inovatif untuk memenuhi keperluan khas bagi demografik ini, merangkumi insurans kereta hingga ke perlindungan kemalangan peribadi.

Chubb telah bekerjasama dengan Grab Malaysia untuk mencipta insurans kemalangan peribadi yang pertama khas untuk kedua-dua pemandu dan penumpang.
Chubb telah bekerjasama dengan Grab Malaysia untuk mencipta insurans kemalangan peribadi yang pertama khas untuk kedua-dua pemandu dan penumpang.

Merintis perubahan melalui jalinan kerjasama

Grab, aplikasi super terkemuka di Asia Tenggara, mengiktiraf bahawa rakan pemandu dan penghantarnya adalah sebahagian daripada ekosistem yang berkhidmat untuk masyarakat. Oleh yang sedemikian, Grab telah bekerjasama dengan Chubb sejak tahun 2018, untuk menyediakan penyelesaian insurans yang inovatif melalui aplikasinya di seluruh Asia Tenggara. Usaha kerjasama ini menawarkan lebih 2.6 juta orang rakan pemandu Grab akses kepada perlindungan insurans kemalangan, kemasukan ke hospital dan perlindungan kritikal lain melalui aplikasi pemandu Grab.

Di samping itu, Grab Malaysia bersama Chubb telah bekerjasama untuk mencipta Grab Daily Insurance, produk yang direka khusus untuk memenuhi keperluan pengawalseliaan polisi insurans e-hailing, sambil mengambil kira kemampuan kewangan pemandu.

Grab Daily Insurance membolehkan pemandu membuat pilihan untuk perlindungan insurans atau takaful harian apabila mereka log masuk ke aplikasi, dengan tempoh sah 24 jam.

Baru-baru ini, Chubb juga telah mencipta produk insurans bersama Grab Malaysia, termasuk;

1. Group Personal Accident (PA) Insurance: insurans kemalangan peribadi pertama seumpamanya untuk kedua-dua pemandu dan penumpang dalam industri perkongsian perjalanan, dengan potongan sifar dan tanpa kos tambahan.

2. Personal Accident Plus Insurance Programme (PA+): pelan insurans kos rendah yang direka khas bagi rakan pemandu dan penghantar Grab untuk memastikan mereka dan keluarga mereka selamat pada bila-bila masa, di mana sahaja.

3. Insurans Kemalangan RPG 24/7: insurans kemalangan peribadi yang direka khas bagi rakan penghantar Grab untuk membantu melindungi mereka semasa membuat penghantaran GrabFood, GrabMart dan GrabExpress.

Ini membuktikan bukan sahaja peningkatan yang ketara dalam tahap perlindungan yang diberikan kepada pelbagai pekerja gig, tetapi juga menyerlahkan potensi perubahan positif apabila industri bergabung tenaga dalam mengejar matlamat bersama - meningkatkan perlindungan dan kesejahteraan bagi mereka yang berada dalam industri.

Apabila landskap pekerjaan Malaysia terus mengalami anjakan transformatif ke arah pekerjaan gig, seruan untuk perlindungan yang kukuh bagi pekerja gig semakin ditekankan. Landskap dinamik ini memerlukan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

Dalam mengemudikan keperluan dan definisi tenaga kerja gig yang semakin berkembang, jelas sekali bahawa meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan pekerja menjadi keutamaan.

*Artikel disumbangkan oleh 'Chubb Insurance Malaysia Berhad'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!