Bocorkan rahsia negara, Imran Khan dihukum penjara 10 tahun

Imran Khan (dua dari kanan) dijatuhi hukuman penjara 10 tahun atas pertuduhan mendedahkan rahsia rasmi dalam satu perhimpunan pada 2022. Foto fail AFP
Imran Khan (dua dari kanan) dijatuhi hukuman penjara 10 tahun atas pertuduhan mendedahkan rahsia rasmi dalam satu perhimpunan pada 2022. Foto fail AFP
A
A
A

ISLAMABAD - Mahkamah Pakistan pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas Perdana Menteri, Imran Khan dan diplomat tertingginya, Shah Mahmood Qureshi atas pertuduhan membocorkan 'rahsia negara'.

Hukuman itu dikeluarkan oleh Hakim Abual Hasnat Mohammad Zulqarnain di Penjara Adiala Rawalpindi, lapor Agensi Anadolu memetik penyiar tempatan, ARY News.

Peguam Khan, Gohar Ali Khan, bagaimanapun berkata, parti Pakistan Tehreek-e-Insafnya (PTI) akan mencabar hukuman itu di Mahkamah Tinggi Islamabad.

Gohar juga merupakan ketua parti PTI.

"Kami akan mencabar hukuman ini di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung Islamabad dan berharap kami akan mendapat keadilan,” katanya kepada pemberita.

Imran dituduh mendedahkan rahsia rasmi dalam satu perhimpunan pada tahun 2022.

Bekas pemain kriket yang pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari 2018 hingga 2022 itu disingkirkan selepas gagal dalam undi percaya di Parlimen pada April 2022, kurang setahun sebelum menamatkan penggal perkhidmatannya. - Bernama- Anadolu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!