Pegawai polis akan dibuang kerja jika bersalah jenayah rogol - KP Kelantan

Keratan Sinar Harian berhubung pegawai yang direman bagi membantu kes rogol. MUHAMAD ZAKI
Keratan Sinar Harian berhubung pegawai yang direman bagi membantu kes rogol. MUHAMAD ZAKI
A
A
A

PASIR MAS - Polis Kelantan tidak akan melindungi mana-mana anggota mahupun pegawainya yang terlibat dengan kesalahan jenayah termasuk jenayah seksual.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan telus mengikut prosedur sama seperti orang awam bahkan lebih teliti dan seiring dengan siasatan secara dalaman.

Menurut beliau, mereka yang didapati bersalah tidak akan terlepas daripada tindakan buang kerja.

“Tindakan sama akan diambil seperti kes-kes lain walaupun melibatkan pegawai polis, tetap akan ditangkap dan mendapat penghakiman.

“Siasatan akan lebih teliti kerana perkara seperti ini memberi gambaran tidak baik terhadap imej pasukan dan jika terbukti akan dibuang kerja,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini, pada Selasa.

Pegawai polis berpangkat inspektor direman selama 7 hari di Mahkamah Majistret Tumpat di sini, pada Selasa.
Pegawai polis berpangkat inspektor direman selama 7 hari di Mahkamah Majistret Tumpat di sini, pada Selasa.

Ahkbar sebelum itu melaporkan seorang pegawai penyiasat berpangkat inspektor direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Tumpat di sini, pada Selasa bagi membantu siasatan kes kerana dipercayai merogol saksi ketika mengambil keterangan.

Muhamad Zaki mengulas lanjut, dalam kejadian pada Ahad itu, wanita berusia 23 tahun yang juga jurujual kosmetik dalam talian terbabit dipanggil sebagai saksi bagi satu siasatan kes pemerasan melibatkan sebaran gambar lucah rakan mangsa.

Artikel Berkaitan:

“Semasa diambil keterangan, kejadian rogol dikatakan berlaku dan bagi kes ini, tidak ada saksi lain selain suspek dan mangsa.

“Kami mengumpul bukti-bukti dan dihantar ke Jabatan Forensik sebelum sebarang tidakan sama ada dibuang kerja jika terbukti rogol itu berlaku,” kata beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!