MFL tambah kuota import

No Image Caption
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) membenarkan tambahan satu kuota import untuk pasukan yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), ACL2 dan juga pertandingan kelab ASEAN (AFF) musim depan.

MFL dalam satu kenyataan berkata, ia selepas AFC dijangka akan mengumumkan peraturan pemain asing tanpa had untuk pertandingan kelab di Asia.

"MFL membuat keputusan tidak akan mengikut kuota tersebut sebaliknya, MFL mengekalkan kuota sembilan pemain import dalam pendaftaran bagi musim 2024-2025 dan hanya pasukan-pasukan yang bersaing di pertandingan AFC dibenarkan mendaftar tambahan satu pemain import.

“Namun selepas menerima permintaan beberapa kelab MFL serta mendapat persetujuan oleh kelab-kelab Liga Malaysia yang lain, MFL mengumumkan penambahan kuota seorang pemain import di atas padang untuk musim 2024-2025.

“Ini bermakna kuota musim 2024-2025 yang dipersetujui semua pasukan adalah 6 pemain import (iaitu 4 1 (Asia) 1 (Asean) dibenarkan berada di atas padang pada satu-satu masa dengan seorang pemain di bangku simpanan," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, MFL mengingatkan mengingatkan kepada semua kelab agar mengambil pemain import mengikut kesesuaian percaturan serta kemampuan kewangan masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!