PM hulur sumbangan kepada Shima
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan buat penyanyi veteran Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman atau lebih dikenali Shima, yang kini menghidap penyakit bronkitis.
Dalam catatan di Facebooknya, Anwar berkata, Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi berkesempatan menziarahi pelantun lagu ‘Teringin’ itu, yang kini tidak boleh menyanyi sekali gus terputus sumber pendapatan akibat penyakit yang dihidapinya.
"Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan Shima.
"Saya mendoakan Shima dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan oleh ALLAH SWT,” menurut catatan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!