Bunian Bikerz himpun ahli tunai solat Subuh, sampaikan sumbangan

Ahli Bunian Bikerz bersama Anak-Anak Yatim di Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam Kampung Melayu, Sungai Rapat, Ipoh meraikan Aidilfitri pada pada Mei tahun lalu.
Ahli Bunian Bikerz bersama Anak-Anak Yatim di Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam Kampung Melayu, Sungai Rapat, Ipoh meraikan Aidilfitri pada pada Mei tahun lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kelab Bunian Bikerz dijangka menghimpunkan kira-kira 60 ahli motosikal berkuasa tinggi bagi menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh.

Program dijadualkan berlangsung pada 10 Februari depan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada masjid berkenaan.

Pengasas Bunian Bikerz, Mohd Hasnurul Nizam Ibrahim berkata, idea menganjurkan program itu tercetus apabila melihat kejayaan kempen 'Subuh seperti Jumaat' yang menjadi fenomena di seluruh negara.

"Inisiatif ini amat baik dan sebagai kelab motosikal kami menyokong penuh usaha ini selain dengan niat mahu mengajak orang ramai mengimarah masjid dengan solat berjemaah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Mohd Hasnurul atau lebih dikenali sebagai Shah memberitahu, program itu diharap dapat menghimpunkan ahli kelab itu yang rata-ratanya dari sekitar Lembah Klang untuk bersama-sama menyokong usaha murni terbabit.

Selain itu, katanya, usaha itu diharap dapat mengeratkan ukhuwah antara penunggang motosikal itu dengan jawatankuasa masjid.

Menurut Shah, kelab yang mula ditubuhkan pada awal tahun 2020 itu juga menyalurkan sumbangan hasil daripada kutipan ahli dan orang awam dalam membantu dana masjid bagi kerja-kerja pengubahsuaian serta baik pulih.

"Sumbangan ini diharap dapat menampung kos membaiki mana-mana kerosakan di masjid ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, aktiviti kemasyarakatan itu adalah kali ketiga dianjurkan kelab itu selain berharap lebih banyak lagi program diadakan pada masa depan.

"Sebelum ini, kita pernah menganjurkan program motivasi kepada pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di Seremban dan program raya bersama anak yatim di Perak," tambahnya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan kepada pihak masjid menerusi Bunian Bikerz boleh berbuat demikian menerusi akaun RHB Hiqma Resources (26262500001247) dengan menyatakan slip bank.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!