Anak iras Neelofa, bukan untuk gila glamor!

Neelofa juga tidak melepaskan peluang merakam gambar bersama Naura semasa mengendalikan rancangan Meletop baru-baru ini.
Neelofa juga tidak melepaskan peluang merakam gambar bersama Naura semasa mengendalikan rancangan Meletop baru-baru ini.
A
A
A

TANAH MERAH - "Bukan gila glamor, apatah lagi mahu mencari publisiti." Demikian tegas Nor Asikin Nordin, 32, berhubung anaknya Che Naura Auni Che Fadhlullah, 6, yang dikatakan mirip selebriti terkenal, Neelofa Mohd Nor.

Nor Asikin Nordin memberitahu, dakwaan netizen bahawa dia dan suami mempergunakan anak mereka untuk meraih populariti tidak benar sama sekali.

Menurutnya sebelum ini, dia sedikit pun tidak pernah terlintas bahawa wajah anaknya seiras Neelofa sehinggalah guru tadika anaknya memberitahu mengenai perkara tersebut.

"Pada mulanya Naura balik rumah, dia cakap cikgu beritahu muka dia macam Neelofa. Saya senyum saja. Saya kata baguslah, nanti kakak belajar rajin-rajin berjaya macam Neelofa. Saya ingatkan cikgu Naura hanya bergurau untuk pujuk dia ke apa.

"Selepas itu barulah anak saudara saya cuba pakaikan Naura tudung sebagaimana Neelofa pakai, barulah kami semua sekeluarga perasan memang mereka seiras.

Naura
Naura

"Kami pun letak gambar mereka berdua sebelah menyebelah dan masing-masing (keluarga) bandingkan. Ada yang masukkan dalam laman sosial dan memang semua komen cakap sama. Barulah kami nampak dengan jelas.

Artikel Berkaitan:

"Sejak dari itulah Naura sering minta dengan saya untuk jumpa Neelofa, dia pun teruja nak tengok Neelofa depan-depan. Biasalah, budak-budak tapi saya pun tidak sangka akhirnya dia dapat juga jumpa Neelofa," katanya.

Naura sering menggunakan telefon bimbit Asikin untuk melihat video-video dan gambar Neelofa.
Naura sering menggunakan telefon bimbit Asikin untuk melihat video-video dan gambar Neelofa.

Naura yang kini mempunyai adik lelaki berusia 2 bulan turut dijemput bertemu 'kembarnya' di rancangan Meletop pada pertengahan Disember lalu sebagai kejutan kepada aktres dan usahawan dari Pasir Mas itu.

"Memang Neelofa tidak tahu kami ada di studio ketika itu. Itulah pertama kali mereka berjumpa dan memang Naura gembira walaupun sangat letih sebab masih tidak biasa dengan keadaan seperti itu.

"Neelofa pun terkejut dan dia sendiri pun tak sangka Naura ada iras dia. Memang kami sekeluarga minat dan menyokong kerjaya Neelofa memandangkan Neelofa merupakan seorang wanita yang berjaya di Malaysia. Tak sangka pula wajah anak saya seiras dia," katanya.

Che Fadhlullah berkata, dia dan isteri tidak pernah terfikir pun Naura dikenali sebagaimana sekarang dan menganggap apa sahaja kebaikan yang datang sebagai rezeki ALLAH SWT kepada Naura dan keluarganya.

Jelasnya, Naura kini dalam proses cuba menyesuaikan diri apabila orang ramai mahu bergambar dengannya sehinggakan dia terpaksa lebih teliti terhadap tahap keselamatan Naura di tempat awam.

Naura bersama kedua ibu bapa dan keluarganya.
Naura bersama kedua ibu bapa dan keluarganya.

Bercita-cita mahu menjadi seorang doktor, Naura yang petah bercakap sering menonton Neelofa mengendalikan rancangan Meletop melalui laman YouTube.

"Saya suka tengok Neelofa dalam televisyen, dalam YouTube. Dia cantik, baik. Saya nak jumpa Neelofa lagi," kata Naura ketika ditanya mengenai aktres itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!