Sultan Ibrahim tiba di Istana Negara

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tiba di Istana negara jam 10.39 pagi untuk menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17. Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

A
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tiba di Istana negara jam 10.39 pagi untuk menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17

Pesawat khas membawa Sultan Ibrahim tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, di sini kira-kira pukul 9.40 pagi.

Ketibaan baginda di lapangan terbang disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mej Jen Datuk Indera Indera Zahari Mohd Ariffin; Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Datuk Rozainor Ramli serta Komander Pangkalan Udara TUDM Subang, Kol Yusri Jamari turut menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tiba di Istana negara jam 10.39 pagi untuk menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17. Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tiba di Istana negara jam 10.39 pagi untuk menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17. Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Seri Paduka Baginda kemudian melalui Kawalan Kehormatan Setempat yang terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama Regimen Renjer Diraja Istiadat yang memberi Hormat Diraja.

Terdahulu, pada 27 Oktober tahun lalu, Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara sebulat suara mengisytiharkan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari tahun ini,

Artikel Berkaitan:

Mesyuarat yang dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!