Sikap tamak punca ikan kelah pupus

Tular gambar dan video pemburu ikan kelah berjaya menangkap puluhan spesis eksotik itu di sebuah empangan di Hulu Terengganu.
Tular gambar dan video pemburu ikan kelah berjaya menangkap puluhan spesis eksotik itu di sebuah empangan di Hulu Terengganu.
A
A
A

MINGGU lepas, sahabat baik Merak Jalanan tunjuk video pemburu ikan kelah berjaya menangkap puluhan spesis eksotik itu di sebuah empangan di Hulu Terengganu.

Rata-rata sahabat kaki pancing Merak Jalanan memang sakit hati melihat pemburu ikan berkenaan mempamerkan hasil tangkapan mereka itu di media sosial.

Mereka marah kerana ikan kelah atau nama saintifiknya Tor Tambroides adalah spesies ikan yang dikategorikan sebagai haiwan terancam di Malaysia dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76).

Ikan yang digelar raja sungai itu boleh mencecah harga ribuan ringgit seekor dan mendapat permintaan tinggi di pasaran namun populasinya semakin menurun.

Spesies ikan air tawar yang sukar diperoleh itu kerana ia hanya hidup di habitat semula jadi iaitu hulu sungai berarus deras, jernih dan berbatu menyebabkannya menjadi antara spesies istimewa.

Difahamkan, harganya yang mampu mencecah lebih RM500 sekilogram membuatkan spesies berkenaan menjadi buruan ramai pihak.

Kelah atau nama saintifiknya Tor Tambroides adalah spesies ikan yang dikategorikan sebagai haiwan terancam di Malaysia dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76). - Foto 123RF
Kelah atau nama saintifiknya Tor Tambroides adalah spesies ikan yang dikategorikan sebagai haiwan terancam di Malaysia dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76). - Foto 123RF

Di negara kita, spesies ikan itu sama ada dalam keadaan semula jadi atau liar banyak terdapat di beberapa kawasan hulu sungai di Terengganu, Pahang, Perak, Negeri Sembilan serta Sabah dan Sarawak.

Artikel Berkaitan:

Mengikut sahabat-sahabat kaki pancang Merak Kayangan, bukan tidak boleh ambil atau tangkap ikan tersebut tetapi janganlah bersikap tamak.

Sepatutnya kerajaan boleh melaksanakan sistem permit dan 'bag limit' yang diamalkan di negara-negara maju.

Mereka hanya membenarkan spesies yang dilindungi ditangkap atau dipancing pada satu tempoh tertentu sahaja dan dihadkan kepada jumlah tertentu.

Malangnya idea yang sudah dilontarkan sejak 10 tahun lalu itu hanya dipandang sepi oleh pihak berkuasa. Mereka tidak nampak kesan yang akan berlaku pada depan.

Jangan sampai nasib kelah ini sama seperti spesies terakhir badak sumbu Sumatera jantan di negara ini yang dinamakan Tam, mati di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu pada Mei lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!