Malaysia, China jalin kerjasama bina masa depan rendah karbon

Duduk dari kiri; Borong Lin, Shi Chun, Dr Kaharudin Dimyati, Kok Ann dan Lu Xiang bergambar selepas menandatangani MoA dan MoU pada Rabu.
Duduk dari kiri; Borong Lin, Shi Chun, Dr Kaharudin Dimyati, Kok Ann dan Lu Xiang bergambar selepas menandatangani MoA dan MoU pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Malaysia dan China menjalinkan kerjasama dalam bidang tenaga bersih serta neutraliti karbon menerusi Memorandum Perjanjian (MoA) dan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada Rabu.

Ia berlangsung dalam satu majlis membabitkan pelbagai institusi dan organisasi dari kedua-dua negara iaitu Universiti Malaya (UM) yang diwakili oleh Profesor Dr Kaharudin Dimyati, manakala Institut Penyelidikan Reka Bentuk Senibina Tsinghua University Co Ltd China, Profesor Borong Lin.

Sementara itu, Smart Energy Industry Alliance, Shi Cun dan China Power International Development Limited pula diwakili Timbalan Pengurus Besarnya, Lu Xiang.

Ketua Pegawai Eksekutif Guoann Dot Berhad, Teo Kok Ann berkata, ia merupakan kerjasama bersejarah antara Malaysia dan China kerana ia merupakan usaha untuk membina masa depan rendah karbon

“Institut Penyelidikan Reka Bentuk Senibina Tsinghua University Co Ltd akan bergabung tenaga dengan UM untuk melakukan penyelidikan serta pembangunan neutraliti karbon dan tenaga boleh diperbaharui.

“MoA ini bertujuan untuk menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan bersama untuk neutraliti karbon, memperkukuh pertukaran teknikal serta pengetahuan dalam tenaga bersih antara kedua-dua negara," katanya ketika Majlis Menandatangani MoA dan MoU di Bangunan Canselori UM.

Wakil daripada setiap institusi dan organisasi yang terlibat dalam dalam majlis tandatangan MoA dan MoU pada Rabu.
Wakil daripada setiap institusi dan organisasi yang terlibat dalam dalam majlis tandatangan MoA dan MoU pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Tambah Kok Ann, MoA tersebut akan memperkukuh pertukaran teknologi dan pengetahuan dalam pembangunan tenaga bersih antara Malaysia dan China bagi meningkatkan keupayaan Malaysia memperoleh tenaga bersih yang boleh diperbaharui.

“Ini meletakkan asas terhadap fasa pembangunan Malaysia yang akan datang dengan rancangan untuk membina stesen janakuasa melebihi 2-3 GW tenaga bersih dan pintar, memacu negara ke arah masa depan rendah karbon dan mampan.

“Pada masa ini terdapat beberapa pihak dari pelbagai negeri di Malaysia berminat untuk sertai projek ini, jadi kami merancang akan menentukan lokasi dalam masa terdekat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi Smart Energy Industry Alliance China, Shi Chun bekata, projek stesen janakuasa tenaga boleh diperbaharui dan pembinaan taman sifar karbon dijangka menarik pelaburan kira-kira RM14 bilion (20 bilion RMB).

“Buat masa sekarang, kira-kira RM14 bilion (20 bilion RMB) telah dibawa ke Malaysia untuk memulakan projek dan kami menjangkakan ia akan menarik lebih ramai pelabur dari China pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif HICoE Pusat Lanjutan Dedikasi Tenaga Kuasa UM (UMPEDAC), Profesor Dr Nasrudin Abd Rahim berkata, kebolehlaksanaan piawaian neutral karbon di Malaysia bergantung kepada proses penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan.

“Kami berhasrat untuk menjadikan UM sebagai kampus pintar yang akan memberi tumpuan kepada penyelidikan dan penyelesaian masalah karbon,” tambah beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!