Premis makanan kotor, ada najis tikus diarah tutup

Rusid (depan, kiri) dan Hee Sem (dua dari kiri) menunjukkan beberapa biji telur ayam rosak ketika Operasi Tahun Baharu Cina di sebuah pasar raya di Batu Berendam pada Rabu.
Rusid (depan, kiri) dan Hee Sem (dua dari kiri) menunjukkan beberapa biji telur ayam rosak ketika Operasi Tahun Baharu Cina di sebuah pasar raya di Batu Berendam pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Empat premis makanan di daerah Melaka Tengah diarahkan tutup selama 14 hari dalam tempoh awal Januari hingga 31 Januari lalu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Ngwe Hee Sem berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan susulan pemeriksaan yang dilakukan di premis berkenaan didapati kotor termasuk menemui najis tikus, lalat dan lipas di empat premis terbabit.

Menurutnya, dalam operasi itu sebanyak 347 premis diperiksa dan 73 kompaun bernilai RM25,200 telah dikeluarkan di bawah kesalahan seperti meletakkan makanan di atas lantai, tidak mengambil suntikan tifoid, tidak menghadiri kurus pengendali makanan dan tidak memakai apron ketika mengendali makanan.

"Sepanjang tahun lalu pula, sebanyak 61 daripada 6,010 premis makanan diarahkan tutup kerana melanggar peraturan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Dalam tempoh itu juga sebanyak 2,002 kompaun bernilai RM1,019,150 telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009," katanya.

Rusid (dua dari kiri) dan Hee Sem (tiga dari kiri) melihat bungkusan sotong yang didakwa tiada pelabelan.
Rusid (dua dari kiri) dan Hee Sem (tiga dari kiri) melihat bungkusan sotong yang didakwa tiada pelabelan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Tahun Baharu Cina di sebuah pasar raya di Batu Berendam di sini pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah JKNM, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.

Artikel Berkaitan:

Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya berkata, hasil operasi itu pihaknya turut mengesan pelbagai kesalahan yang dilakukan termasuk kesalahan pelabelan, produk makanan tamat tarikh luput, bungkusan dan bekas makanan rosak.

"Sehingga 30 Januari lalu terdapat 782 produk bernilai RM3,421.88 telah dialihkan daripada rak jualan untuk disita.

"Manakala 12 kompaun dengan nilai tawaran RM14,500 telah dikeluarkan sepanjang operasi itu," katanya.

Dalam operasi itu, beliau turut kesal dengan tindakan sebuah premis yang mengambil ringan soal pelabelan makanan dan terdapat bungkusan makanan tidak sempurna dan telah tamat tarikh luput.

Selain itu, terdapat telur ayam yang pecah dan rosak dibiarkan di ruang jualan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!