'Hot Daddy': Empat wanita mengaku salah miliki video lucah
31 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 31 JANUARI 2024
Seramai empat wanita yang dikaitkan dengan iklan video intim seorang lelaki dikenali ‘Hot Daddy’, didenda antara RM2,500 hingga RM4,800 oleh tiga Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, masing-masing atas satu pertuduhan, memiliki video lucah pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Penganggur, Nurnabilah Ayuni Hanafi dan pemandu pelancong, Amira Natasha Mohammad didenda RM3,000 manakala penuntut universiti, Nur A’liaa Muhamad Rosly didenda RM4,800 serta eksekutif pemasaran, Farah Adila Hanum Khairuddin didenda RM2,500.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #SinarTerkini #hotdaddy #pornografi #gigolo