Budak 4 tahun tersepit mesin basuh baju

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan tersepit dalam sebuah mesin basuh baju. Foto JBPM
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan tersepit dalam sebuah mesin basuh baju. Foto JBPM
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun tersepit dalam sebuah mesin basuh baju dalam kejadian di Jalan Felda Lubuk Merbau kira-kira jam jam 3.53 petang Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Aminuddin Mad Khozali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan seorang kanak-kanak tersepit dalam mesin berkenaan.

Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi telah mengarahkan jentera dari BBP Kuala Nerang ke lokasi kejadian bagi membantu operasi.

"Maklumat awal yang diterima memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak perempuan telah tersangkut dalam ruangan bahagian pengering mesin baju jenis manual.

"Anggota telah menggunakan peralatan khas bagi membantu mengeluarkan mangsa," katanya.

Kanak-kanak itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan serta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa diserahkan kepada keluarga dalam keadaan selamat. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.43 petang," katanya.

@sinarharianonline

Budak 4 tahun tersepit mesin basuh baju #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Bomba #Budak #Perempuan #Mesin #Basuh #Felda #Semasa

Artikel Berkaitan:

처음부터지금까지 - Ryu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!