Yana luah rindu, nanti kepulangan Najib

Gambar kenangan Nooryana Najwa bersama ayahnya. Foto Instagram YanaNajib
Gambar kenangan Nooryana Najwa bersama ayahnya. Foto Instagram YanaNajib
A
A
A

SHAH ALAM - Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa meluahkan kerinduan dan sentiasa menanti kepulangan bapanya.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Nooryana berkata, dia sentiasa menunggu kepulangan bapanya itu tidak kira berapa lama pun terpaksa menunggu.

"Sentiasa menunggu kepulangan mu, Tidak kira lama pun ia mengambil masa," katanya pada Rabu.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bahawa Kabinet ada dimaklumkan sepintas lalu mengenai pengampunan Najib.

Menurutnya, perkara tersebut dimaklumkan ketika Mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Berita mengenai pengampunan bekas Ahli Parlimen Pekan itu mula bertiup kencang sejak Selasa susulan laporan sebuah portal berbahasa Melayu yang memetik sumber terdekat kepada bekas pemimpin nombor satu negara tersebut.

Hantaran Hantaran Nooryana Najwa di Instagram miliknya. di Instagram miliknya.
Hantaran Hantaran Nooryana Najwa di Instagram miliknya. di Instagram miliknya.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang ditemui media enggan mengulas lanjut berhubung spekulasi Najib mendapat pengampunan.

Artikel Berkaitan:

Beliau sebaliknya meminta semua pihak menunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan sama ada bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan atau sebaliknya.

Zaliha yang juga salah seorang anggota lembaga berkenaan memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan, namun tidak menyatakan secara terperinci mengenainya.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Ogos 2022 lalu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda ke atas Najib kerana menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Najib juga diarah menjalani hukuman penjara pada hari sama hakim membuat keputusan tersebut, sekali gus menjadi bekas Perdana Menteri Malaysia pertama dipenjarakan.

Ketika ini, Najib masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil saksi ke-46, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 76.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!