Sura dan Sulu, maskot Pemilu 2024
MEDAN - Pemilihan Umum (Pemilu 2024) atau pesta demokrasi Indonesia yang berlangsung pada 14 Februari ini bakal dimeriahkan dengan dua maskot yang diumumkan Komisi Pemilihan Umum (KPU).
Laman rasmi KPU memaklumkan dua maskot spesies burung jalak bali tersebut dinamakan sebagai Sura dan Sulu.
Nama Sura diambil daripada singkatan ‘Suara Rakyat’, manakala Sulu daripada ‘Suara Pemilu’.
Dalam bentuk visual, Sura dan Sulu turut memakai kemeja T putih tertera logo KPU.
Di bawah logo KPU tersebut pula terpampang nama kedua-dua maskot berkenaan, dengan Sura memegang paku untuk membuang undi, manakala Sulu memegang kertas undi. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!