Pemimpin jangan kejar ghanimah

Kenyataan Mahasiswa Keadilan Malaysia.
Kenyataan Mahasiswa Keadilan Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin dinasihatkan agar tidak mengejar ghanimah apabila berkuasa kerana kebenaran tetap akan muncul.

Mahasiswa Keadilan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memberi pengajaran kepada pemimpin bahawa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Menurut kenyataan itu, diharapkan Lembaga Pengampunan menolak permohonan pengampunan Najib kerana beliau telah didapati bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd oleh tiga mahkamah dan sembilan hakim.

"Setakat ini, kerajaan Malaysia sudah membayar jumlah keseluruhan hutang Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM43.8 bilion, dengan baki hutang yang belum dibayar berjumlah RM9.7 bilion, membabitkan prinsipal RMS bilion dan faedah RM4.7 bilion.

"Hutang-hutang 1MDB ini terpaksa ditanggung oleh rakyat secara bergenerasi. Berapakah sekolah dan hospital boleh dibina jika syarikat tersebut tidak wujud?" kata kenyataan itu pada Rabu.

Tambah kenyataan itu, persatuan menolak amalan bobrok rasuah dan penyelewengan.

"Kami percaya bahawa setiap penyakau harus dihukum di mahkamah dan menjalankan hukumannya dengan penuh.

"Diharapkan rakyat Malaysia diberi kesabaran serta meletakkan kepercayaan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!