Uzbekistan mahu kejutkan Qatar

Pemain sayap berusia 20 tahun, Abbosbek Fayzullaev menjadi antara sandaran Uzbekistan apabila berdepan Qatar Sabtu ini. Foto Agensi
Pemain sayap berusia 20 tahun, Abbosbek Fayzullaev menjadi antara sandaran Uzbekistan apabila berdepan Qatar Sabtu ini. Foto Agensi
A
A
A

PENGENDALI Uzbekistan, Srecko Katanec percaya pasukannya boleh mengejutkan Qatar dalam suku akhir walaupun beberapa pemainnya tidak sihat dan mengalami kecederaan.

Uzbekistan sebelum ini kehilangan beberapa pemain utama ketika aksi menentang Thailand pada pusingan kalah mati.

Susulan aksi kurang meyakinkan itu, banyak pihak meramalkan cabaran Uzbekistan terhenti setakat suku akhir apabila berdepan tuan rumah, Qatar pada Sabtu ini.

“Saya kehilangan lima tonggak utama disebabkan masalah kesihatan dan kecederaan.

"Kesemua mereka bakal terlepas aksi menentang Qatar.

“Walaupun tanpa skuad terbaik, kami boleh kejutkan Qatar, kenapa tidak?" ujarnya.

Uzbekistan muncul antara pasukan yang tidak mencatatkan kekalahan dalam saingan peringkat kumpulan selepas mengikat Syria tanpa jaringan pada perlawanan pertama, membelasah India 3-0 (perlawanan kedua) dan seri 1-1 ketika berdepan Australia semasa perlawanan ketiga.

Pada pusingan kalah mati pula, Uzbekistan menewaskan wakil Asia Tenggara, Thailand dengan jaringan 2-1.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!