Suri rumah rugi RM115,000 terpedaya pelaburan bitcoin

Mangsa yang juga suri rumah berusia awal 60-menyatakan telah diperdaya dalam urusan pelaburan bitcoin. Gambar hiasan 123RF
Mangsa yang juga suri rumah berusia awal 60-menyatakan telah diperdaya dalam urusan pelaburan bitcoin. Gambar hiasan 123RF
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang suri rumah berputih mata selepas wang simpanan berjumlah RM115,000 lebur selepas ditipu pelaburan tidak wujud dalam kejadian pertengahan Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia awal 60-an pada 26 Januari lalu jam 5.34 petang menyatakan telah diperdaya dalam urusan pelaburan bitcoin.

"Mangsa telah berurusan melalui aplikasi Whatsapp dengan seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Wong How Dong berkenaan pelaburan itu melalui platform Accerx.

"Dia dijanjikan pulangan lumayan setelah melihat iklan di laman Facebook sebelum membuat enam transaksi pemindahan wang secara dalam talian kepada lima akaun bank berbeza," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, transaksi itu dibuat dari tarikh 19 Disember tahun lalu hingga 12 Januari lepas dengan jumlah keseluruhan RM115,000 bagi tujuan modal pelaburan menggunakan wang simpanan.

"Mangsa mendapati pulangan pelaburan telah dimasukkan ke dalam aplikasi Accerx miliknya, namun gagal dikeluarkan kerana masih perlu membuat bayaran tambahan.

"Mangsa sedari telah diperdaya lalu membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Polis kini giat memburu suspek untuk siasatan lanjut. Justeru orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia sebelum menyertai apa-apa pelaburan atau skim cepat kaya bagi mengelakkan jadi mangsa penipuan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!