Zalimi haiwan dengan makanan berpaku

Perkongsian Kelab Pencinta Kucing Malaysia kini tular di media sosial.
Perkongsian Kelab Pencinta Kucing Malaysia kini tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Kejam dan tidak berhati perut. Itulah kata-kata sesuai terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa menabur makanan mengandungi paku dipercayai bertujuan menzalimi kucing dan anjing jalanan yang sedang kelaparan.

Perkongsian gambar makanan tersebut oleh Kelab Pencinta Kucing Malaysia melalui laman Facebooknya sejak semalam meraih lebih 1,500 tanda marah dan 1,100 warga maya berkongsi perkara tersebut.

Kelab Pencinta Kucing Malaysia menerusi hantarannya turut meminta masyarakat berjaga-jaga sekiranya menemui makanan terbabit di kawasan masing-masing terutama di kawasan perumahan dan parkir.

"Dikatakan makanan ini sengaja diberi pada anjing dan kucing makan. Janganlah pula ada yang kutip dan makan," katanya menerusi hantaran tersebut hari ini.

Perbuatan terbabit juga dilihat bukan sahaja mampu mencederakan anjing dan kucing jalanan, namun mendatangkan masalah lain kepada pengguna kenderaan yang mungkin boleh menyebabkan tayar pancit dan sebagainya.

Sementara itu, rata-rata netizen mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan helah terbabit untuk mencederakan haiwan jalanan dan berharap agar mereka segera diambil tindakan undang-undang serius bagi memastikan tiada yang menjadi mangsa.

Rata-rata netizen mengecam tindakan yang dilakukan oleh indvididu tidak bertanggungjawab dan mengharapkan agar segera diambil tindakan undang-undang yang serius bagi mengatasi kucing peliharaan menjadi mangsa mereka.
Rata-rata netizen mengecam tindakan yang dilakukan oleh indvididu tidak bertanggungjawab dan mengharapkan agar segera diambil tindakan undang-undang yang serius bagi mengatasi kucing peliharaan menjadi mangsa mereka.

"Janganlah zalim sangat wahai hamba ALLAH. Kalau tak nak bagi makan pun tak mengapa tapi janganlah menyeksa. Walaupun binatang, dia bernyawa. Di manakah perasaan belas kasihan si pelaku ini?” tulis Sharifah Zabidah di Facebook.

Artikel Berkaitan:

Helen Kusin pula menyifatkan tindakan tersebut sebagai zalim dan mempersoalkan nilai kemanusiaan sehingga sanggup membunuh haiwan dengan cara memberi makan paku.

"Kalau keluarga kamu termakan paku atau pun racun, apa kamu rasa?" tulisnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!