Kereta 'sangkut' di jambatan gantung gara-gara GPS
BANGKOK – Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya 'tersangkut' di jambatan gantung gara-gara mengikuti arah jalan menerusi aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Insiden berlaku pada Isnin lalu apabila seorang penduduk dikenali sebagai Makun Inchan, 38, cuba menyeberangi jambatan tersebut yang merentasi Sungai Yom di Wiang Thong, Thailand.
Dia nyata terkejut selepas mendapati kereta yang dipandu wanita berkenaan 'tersangkut' di atas jambatan sepanjang 120 meter (m) itu.
Menurut Makun, kereta itu tersangkut sejauh 15m dan satu tayarnya tersepit di celah kayu jambatan.
Sejurus kemudian, Makun membuat laporan sebelum pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan wanita berumur 38 tahun itu daripada kereta sedan miliknya.
Difafahamkan, pasukan penyelamat menggunakan dua traktor untuk menarik kereta mangsa dari jambatan tersebut.
Menurut laporan The Thaiger, wanita itu telah memaklumkan bahawa dia pertama kali menjejakkan kaki di kawasan tersebut kerana mahu melawat rakannya.
"Saya leka melihat GPS dan tidak sedar bahawa terdapat jambatan yang baharu. Saya fikir jambatan lama itu mampu menampung sebuah kereta sehinggalah kejadian itu berlaku.
"Saya rasa terkejut dan takut kereta saya akan jatuh ke dalam sungai. Saya keluar dari kereta untuk meminta bantuan penduduk tempatan.
"Saya bukannya orang tempatan dan tidak tahu jalan di sini. Saya harap pada masa akan datang, mereka akan letak papan tanda sebagai amaran untuk tidak menggunakan jambatan ini," kata wanita berkenaan. - Agensi
@sinarharianonline Kereta 'sangkut' di jambatan gantung gara-gara GPS #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Thailand #Wanita ##Kereta #JalanRaya #GPS #Video #Viral #Tular #Jambatan
Spongebob Closing Theme Song Music - Ocean Floor Orchestra
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!