Isu Konsert Ed Sheeran: 'Saya sudah nasihat... terpulang' - Mufti
01 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 1 FEBRUARI 2024
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Doktor Wan Salim Wan Mohamad Noor tidak kisah jika nasihatnya untuk membatalkan penganjuran konsert seorang artis antarabangsa yang akan diadakan di negara ini tidak diendahkan.
Datuk Seri Wan Salim berkata, beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mufti untuk menasihati berdasarkan ilmu yang dikurniakan ALLAH SWT kepadanya.
Menurutnya lagi, sebagai seorang mufti, beliau hanya mampu mencegah kemungkaran secara lisan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang mengesahkan penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran pada 24 Februari depan akan diteruskan seperti dijadualkan buat masa ini.