Puad selar cadangan Hassan tukar Presiden UMNO

Puad Zarkashi, Hassan Karim
Puad Zarkashi, Hassan Karim
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO mengkritik cadangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang mahukan parti itu menggantikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan individu lain.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Hassan sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ‘tidak tahu cermin diri’ susulan kenyataannya berkenaan parti sekutu itu.

“Hassan patut cermin diri sendiri. Sepatutnya dia desak PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tukar menteri PKR yang tidak ‘perform’. Apa kejayaan Rafizi (Ramli) untuk ekonomi rakyat. Setakat daftar PADU?

“Jangan lupa Premier Sarawak juga memberi komen negatif terhadap Menteri Pendidikan dari PKR. Patut Hassan desak PMX buat penilaian,” katanya pada Khamis.

Sebelum ini, Hassan dilaporkan menggesa supaya UMNO membuat rombakan pemimpin baharu untuk mendapatkan undi Melayu bagi Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH).

Katanya, selagi ia dipimpin Ahmad Zahid masyarakat Melayu sukar menyokong UMNO, BN atau gabungan BN-PH.

Dalam pada itu, Puad menegaskan, PKR tidak perlu masuk campur dalam urusan UMNO kerana pemilihan Ahmad Zahid sebagai presiden telah ditetapkan oleh akar umbi parti.

“UMNO tidak campur urusan PKR bila Rafizi menang jawatan Timbalan PKR yang kononnya tidak telus. Hassan jangan hipokrit soal terpalit, UMNO turut terpalit dengan formula kosong Rafizi.

Artikel Berkaitan:

“Ringgit tetap jatuh. Harga barang tidak turun. Jangan buta sebelah,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!