Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

KPM tak terima laporan Bantuan Awal Persekolahan dipotong

01 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 1 FEBRUARI 2024

Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menerima sebarang laporan atau aduan melibatkan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dipotong oleh pihak sekolah pada tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, tahun lalu pihak kementerian menerima aduan terdapat pemotongan bayaran BAP untuk yuran tertentu namun ia merupakan kes terpencil.

Susulan itu KPM telah mengarahkan pihak sekolah supaya BAP dibayar penuh kepada semua pelajar.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/647372/berita/nasional/kpm-tak-terima-laporan-bantuan-awal-persekolahan-dipotong

Muzik: Elevate dari www.bensound.com