Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya - Nadma
KUALA LUMPUR - Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya selepas 463 mangsa yang berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, menurut Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Tinjauan di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran pula mendapati paras air beberapa sungai di Johor, Pahang, Perlis dan Terengganu berada pada paras bahaya setakat jam 4 petang ini.
Situasi itu melibatkan Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor), Sungai Pahang di Bera dan Cameron Highlands serta Sungai Rompin (Pahang), Sungai Arau (Perlis) dan Sungai Terengganu, Hulu Terengganu (Terengganu).
Nadma turut memaklumkan 17 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Kuala Mentiga-Terapai di Pekan, Pahang; Jalan Bukit Jugra di Kuala Langat, Selangor dan Jalan Bukit Kayu Hitam-Bukit Tangga-Sintok di Kubang Pasu, Kedah. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!