Polis berkas 15 individu curi kabel TM

Polis menumpaskan lima kumpulan mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di dua kawasan berasingan di Bintulu, dalam Op Bersepadu pada Isnin dan Selasa lepas. Gambar hiasan
Polis menumpaskan lima kumpulan mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di dua kawasan berasingan di Bintulu, dalam Op Bersepadu pada Isnin dan Selasa lepas. Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Polis menumpaskan lima kumpulan mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di dua kawasan berasingan di Bintulu, dalam Op Bersepadu pada Isnin dan Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, dalam operasi itu, 15 individu berusia antara 16 hingga 65 tahun ditahan, dengan 11 daripadanya warga tempatan, manakala empat lagi warga asing.

"10 orang daripada suspek yang ditahan telah didakwa ke mahkamah, manakala lima orang lagi masih dalam siasatan. Anggaran kerugian akibat kecurian kabel pula sebanyak RM500,000,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Nixon berkata, modus operandi kumpulan yang mencuri kabel ini ialah dengan memotong kabel yang terdedah di tepi jalan, kemudian memasuki terowong tempat penyambungan kabel.

Beliau berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana disyaki mencuri kabel. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!