Tang Jie-Ee Wei teruskan cabaran Malaysia di Thailand Masters

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
A
A
A

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan cabaran negara wakil tunggal negara dalam Thailand Masters selepas berakhirnya pusingan kedua pada Khamis.

Tang Jie-Ee Wei yang berstatus nombor sembilan dunia mengatasi cabaran satu lagi beregu negara 21-14, 31-15 dalam masa 32 minit.

Sebelum ini, Tang Jie-Ee Wei menyingkap kempen penuh gemilang apabila menewaskan Kenneth Zhe Hooi Choo-Gronya Somerville dari Australia, 21-12, 21-11 dalam masa 27 minit.

Menanti Tang Jie-Ee Wei di separuh akhir beregu dari Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek.

Tabeling-Piek sebelum itu menewaskan beregu negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dalam perlawanan berintensiti tinggi.

Biarpun Kian Meng-Pei Jing bermula garang set pertama dengan kemenangan 21-18, namun gagal mengekang kebangkitan lawan set berikutnya apabila tewas 15-21.

Set penentuan Kian Meng-Pei Jing dan Robin-Selena saling berkejar mata yang menyaksikan kemenangan beregu dari Eropah tersebut dinoktahkan 19-21 dalam masa 60 minit.

Pemain perseorangan lelaki negara Cheam June Wei juga melabuh cabaran apabila tewas kepada pemain Perancis, Mark Caljouw, 7-21, 11-21 dalam masa 30 minit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!