Nenek, cucu rentung dalam kebakaran

Kebakaran membabitkan sebuah rumah dan menyebabkan dua mangsa rentung.
Kebakaran membabitkan sebuah rumah dan menyebabkan dua mangsa rentung.
A
A
A

RANAU - Seorang wanita warga emas bersama cucunya ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Matan, di sini pada malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Jafflan Sigal, 60, bersama cucunya dikenali sebagai Carla berusia empat tahun dipercayai terperangkap manakala ibu kepada kanak-kanak tersebut sempat keluar dari rumah tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak 15 kilometer dari BBP Ranau selepas menerima panggilan pada jam 10.53 malam.

Mayat dua mangsa rentung ditemukan di bahagian bilik rumah yang terbakar di Kampung Matan, Ranau.
Mayat dua mangsa rentung ditemukan di bahagian bilik rumah yang terbakar di Kampung Matan, Ranau.

"Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal terbakar 100 peratus dan operasi memadam api segera dilakukan menggunakan sumber air dari tangki jentera serta pili bomba berhampiran.

"Hasil pemeriksaan terdapat dua mangsa rentung ditemui dalam bilik manakala seorang lagi wanita sempat keluar dari rumah tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya lagi, api berjaya dikawal pada jam 11.45 malam namun kerja memadamkan sepenuhnya kebakaran masih dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!