Lelaki tertusuk panah ketika tangkap ikan

Tangan kanan mangsa tertusuk panah sedalam lima sentimeter ketika menangkap ikan di sungai Kampung Ratau, Kota Belud.
Tangan kanan mangsa tertusuk panah sedalam lima sentimeter ketika menangkap ikan di sungai Kampung Ratau, Kota Belud.
A
A
A

KOTA BELUD - Seorang lelaki cedera selepas tangannya tertusuk panah ketika menangkap ikan dalam kejadian di sungai Kampung Ratau di sini pada Khamis.

Mangsa berusia 25 tahun yang dihantar ke Hospital Kota Belud terpaksa mendapatkan bantuan daripada pasukan bomba untuk mengeluarkan objek tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada hospital pada jam 11.59 malam dan seramai tiga anggota di kejar ke lokasi.

"Menurut laporan terdapat seorang mangsa lelaki tertusuk panah di lengan kanan sedalam lima sentimeter semasa menangkap ikan di sungai.

"Mangsa telah berada di hospital dan sebaik pasukan bomba tiba, operasi memotong besi panah segera dilakukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya lagi, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan pada jam 12.33 tengah malam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!