131 tahanan Rohingya, Myanmar merusuh sebelum larikan diri

Operasi dijalankan bagi jejaki 115 lelaki etnik Rohingya dan 16 lelaki Myanmar yang melarikan diri.
Operasi dijalankan bagi jejaki 115 lelaki etnik Rohingya dan 16 lelaki Myanmar yang melarikan diri.
A
A
A

TAPAH - Pencarian 131 tahanan yang lolos di Depot Imigresen Sementara Bidor di sini pada Khamis diteruskan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, bantuan pegawai dan anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bukit Aman digerakkan bagi mengesan kesemua tahanan tersebut.

"Kejadian orang kena tahan (OKT) merusuh dan lolos ini melibatkan 115 lelaki etnik Rohingya dan 16 lelaki Myanmar.

"Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau turut mengesahkan seorang lelaki yang juga OKT terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 147 dan Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.

"Usaha mencari tahanan yang lolos sedang giat dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di talian 05-4015222 bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!