Wanita maut kereta bertembung pacuan empat roda

Kereta Perodua Kenari terbabit kemalangan di Jalan Tanjong Karang-Sungai Besar di sini pada Khamis. Gambar kecil: Siti Norfatihah
Kereta Perodua Kenari terbabit kemalangan di Jalan Tanjong Karang-Sungai Besar di sini pada Khamis. Gambar kecil: Siti Norfatihah
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang wanita maut selepas kenderaan dipandunya dirempuh sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger di Jalan Tanjong Karang-Sungai Besar di sini pada Khamis.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 8.10 malam.

Menurut beliau, seramai lapan anggota kemudiannya tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kenari dipandu mangsa, Siti Norfatihah Anan, 24, dan sebuah Ford Ranger.

"Kenderaan Ford Ranger dipandu lelaki berusia 51 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Tanjong Karang menghala ke Kuala Selangor, manakala Perodua Kenari pula dari arah bertentangan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Wan Md Razali memberitahu, kemalangan dipercayai berlaku apabila Ford Ranger yang ingin memotong kenderaan di hadapannya hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan dipandu mangsa.

Beliau memberitahu, akibat pertembungan dua kenderaan itu, wanita itu maut di tempat kejadian, manakala pemandu Ford Ranger tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis dan kemudiannya dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat.

CAPTION

Artikel Berkaitan:

Kereta Perodua Kenari terbabit kemalangan di Jalan Tanjong Karang-Sungai Besar di sini pada Khamis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!