Imigresen giat buru 130 tahanan Rohingya larikan diri

Datuk Ruslin Jusoh
Datuk Ruslin Jusoh
A
A
A

TAPAH - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) giat melaksanakan operasi memburu 130 tahanan yang melarikan diri dari Depot Imigresen Bidor pada Khamis.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi giat dijalankan dengan kerjasama agensi lain.

"Maklumat awal melibatkan seramai 131 tahanan bertindak melarikan diri dari Depot Imigresen Bidor dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam.

"Satu tahanan telah disahkan meninggalkan dunia akibat kemalangan jalan raya menjadikan jumlah yang dikesan 130 individu," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, operasi melibatkan seramai 275 anggota pelbagai agensi seperti JIM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

"Pagi ini, seramai 100 anggota yang terdiri daripada Imigresen Malaysia dan PGA telah ditambah untuk meneruskan misi pengesanan tahanan.

"Imigresen memohon jasa baik orang awam yang mempunyai maklumat terhadap tahanan yang melarikan diri ini supaya menghubungi Bilik Gerakan Depot Imigresen Bidor di talian 05-4348736, Balai Polis Bidor (05-4342222) dan Balai Polis Tapah (05-4011222)," katanya.

Pada Khamis, seramai 131 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Bidor, di sini dilaporkan telah melarikan diri.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian sekitar jam 9.50 malam itu, kesemua tahanan etnik Rohingya di bawah seliaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melarikan diri dan Op Tutup dijalankan di beberapa kawasan termasuk daerah Muallim bagi menjejaki mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!